aku bukan sang pujangga,indah menutur bait2 indah..aku bukan sang pendeta,duduk diatas mihrab bertapa..aku bukan ahli sufi,lancar menutur bait berharga..
aku hanya,AKU..punyai kehidupan tersendiri.kerna aku tak punya apa,maka aku hanya mampu kongsikan rentetan hidupku...

Friday 1 July 2011

kita...manusia@anjing??

LEMBU DAN ANJING

Pada suatu hari, ketika lembu sedang meragut rumput, dia terserempak dengan anjing. Lalu, berlakulah perbualan antara mereka berdua:

Lembu: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je.


Anjing: Aku tengah tension ni.. Mahu je gigit manusia tadi.


Lembu: Eh, kenapa pulak? Boleh ana tahu?


Anjing: Tadi, aku lalu tepi dua orang manusia, lelaki dan perempuan yang tengah sedap berkepit. Tiba-tiba, si lelaki terperanjat dan terus melompat dan kata pada aku "Hoi anjing! Jauh kau dari aku! NAJIS!!".


Lembu: Yalah, kau kan haram di sisi syarak. Najis tahap berat bagi manusia yang beragama Islam. Biasalah tu..


Anjing: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia yang tersentuh aku, boleh samak. Yang dia sentuh, raba-raba awek dia tu, macam mana pula? Boleh samak ke dosa?


Lembu: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya dari memegang kau, anjing. Malah tidak akan suci meskipun disamak.


Anjing: Wah, ayat ko power lah .. Betol, betul power .. Patutnya manusia perlu ubah pepatah, "Pandai macam LEMBU".


***********************************************************

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan, "Bergomolan dengan babi itu lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) adalah dosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing bukan satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Jadi renungkanlah. Tepuk dada, Tanya Iman. -Sekadar untuk renungan dari Hamba Allah yang banyak kekurangan dan kelemahan ini


_disunting dr facebook mane2 ntah_

No comments:

Post a Comment