aku bukan sang pujangga,indah menutur bait2 indah..aku bukan sang pendeta,duduk diatas mihrab bertapa..aku bukan ahli sufi,lancar menutur bait berharga..
aku hanya,AKU..punyai kehidupan tersendiri.kerna aku tak punya apa,maka aku hanya mampu kongsikan rentetan hidupku...

Tuesday 19 July 2011

YOUR OPINION...

sedang enak bergolek-golek diatas katil sambil bergelak-ketawa dengan 2 sahabat seperjuangan...

"jom solat.!!",roomate,A melaung,mengajak kami menunaikan solat fardhu zohor...
(dari dalam bilik,azan dari surau berdekatan tak mampu didengari..)

"jom.."sahut aku,
lantas segera aku ke bilik air,ambil wudhu' meninggalkan 2 sahabat yang masih lagi dengan sisa ketawa

"tak pe lah B,awak masuk dulu,kte lepas awak..",si C menunjukkan ke'ithar'annya
"tak pe lah C,kte lepas awak lah..",si B tak kurang juga sifat 'ithar'nya

aku yang baru keluar bilik air,mendapatkan mereka..
"nak tanya 2 soalan boleh?...ehh..pendapat?.."..mereka masih dengan sisa ketawa,apa yang menarik,aku kurang pasti..

"nak tanya apa?pasal amik wudhu'?"

"para sahabat,dalam berukhuwwah,apa moral yang kte boleh contohi?",soalku

dengan penuh yakin,B jawab  "thiqah..","macam dalam kisah sahabat yang pas2 air tu..",aku dan C pandang sesama sendiri..

"ithar kot...",aku cuba betulkan..B tersedar dengan ketelanjurannya akibat excited nak jawab soalan..tawa meletus lagi antara kami

"ok..1 pendapat lagi..para sahabat,dalam beribadah,apa yang kte perlu contohi?",soal aku lagi..
B yang segan dengan kekhilafannya tadi lantas meminta C pula menjawab.

"emmm..ibadah umum @ khusus?",soal C..
"mana2 je..ibadah secara overall"..ter'advance' la pulak C nih..
"awak bagitau je lah".malas nak meneka.

"tak ada ithar"jawabku bersahaja
"ha?"..ada riak kurang mengerti pada wajah keduanya
aku ketawa..
"dalam beribadah,sahabat tak ber'ithar'..",ulangku tersenyum.

ketawa meledak lagi..menyedari diri masing-masing ibarat tertusuk duri sembilu..
Lantas keduanya menerpa ke biik air,berebut..dan aku,tersenyum lagi..
sedangkan si A dah lenguh duduk menanti kami untuk solat berjemaah..

secoret dua :
  1. ithar (mendahulukan sahabatnya) dalam berukhuwah merupakan darjat tertinggi dalam tingkatan ukhuwah,sedangkan salamatul sodr (berlapang dada) merupakan serendah-rendah darjat dalam berukhuwah..
  2. ITHAR..terbukti setelah selesainya perang yarmouk,.terdapat 3 sahabat yang cedera parah..salah seorangnya meminta air,lalu dibawakan kepadanya air,belum sempat dia minum,terdengar sahabatnya disebelah merintih meminta air,lalu disuruh si pembawa air memberi air yang dimintanya kepada sahabat tersebut.apabila air telah sampai kepada sahabat yang ke-2,belum sempat beliau minum,terdengar sahabat disebelah nya merintih meminta air,beliau meminta air tersebut dibawakan kepada sahabat yang ke-3.lalu,bergegas sang paramedik mendapatkan sahabat ke-3.belumpum sampat diberikan air,sahabat tersebut telah syahid,lalu bergegas beliau ke sahabat ke-2,telah syahid juga,bergegas pula ke sahabat yang pertama,dan beliau juga telah syahid,,inilah sifat 'ithar' yang sebenar..
  3. apabila tiba waktu solat,para sahabat akan segera meninggalkan segala pekerjaan yang dilakukan..kedai-kedai dibiarkan,rumah-rumah ditinggalkan..
  4. apbila nak solat,para sahabat akan berebut-rebut untuk berada di saf hadapan,mengejar pahala yang dirahsiakan Allah..sehinggakan,terpaksa membuat undi bagi menentukan siapa yang akan berdiri dibelakang Rasulullah dalam bertemu Sang Pencipta..

maksud hadith..(maaf,lupa matannya)
jika hambaku mengetahui ganjaran bagi orang yang berada di saf hadapan,maka mereka akan datang kepadanya walau dalam keadaan merangkak..

Wednesday 13 July 2011

kawan...jam loceng..???

sms masuk...
  "jom qiam sesama esk..tngktkn ibadh..rmdhn nk dkt.."

beberapa hari kemudian...
  "ayuh..puasa sunat esk,hr kamis..nisfu syaaban nk dkt.."

dan aku hanya mampu membalas...
  "syukran ingtkn..jd mcm jam loceng kte plak.."
terasa bersalah kerana selalu terlupa,terlalai nk amar makruf..buat benda baik sorang-sorang je..pahal langsung tak berkembang..

dan,mulai hari itu,aku akn bertekad untuk menjadi jam loceng kpd orang di sekelilingku..(senyum)..
AMIN..YA RABB...

"siapa yang hidupnya untuk dirinya sendiri,dia akan mati dan selamanya mati..tapi,siapa yang hidupnya untuk orang lain,dia akan hidup dan selamanya akan terus hidup.."

Monday 11 July 2011

MODENKAH KITA???

Seringkali kali kte terpedaya dgn pemikiran pemusnah intelektual dunia,Darwin yang menyatakan manusia berasal dr beruk...

dan sebenarnya kita jga telah ditipu dgn dongengan yang menyatakan kewujudan zaman paleolitik.neolitik,mesolitik,dan zaman batu...

benarkah kita cukup moden krn ketinggian intelektual kita???...dan...benarkah zaman dahulu sgt ketinggalan krn kerendahan intelektual sehinggakan tidak mampu utk 'create' pakaian utk diri sndri??

jika benar,ini bermakna anda berasal dr keturunan yg agk 'lembap'...
jika tidak,apakah alasan anda....

Jawapan saya...TIDAK..
kerana...(ayuh imbau sejarah)...

  1.  Nabi Nuh..teknologi pd zmn ini tlh dibuktikan dgn pembina kapal besar yang mampu menyumbat bkn saja manusia,malah plbgi spesis, dan jenis binatang..mampukah anda bayangkan betapa besarnya kapal tersebut..

     2.   Nabi Daud...bagaimanakah cara nk membentuk besi?..sudah tentunya dengan meleburkan besi tersebut sebelum dibentukkan..ttp,Nabi Daud mmpu melembutkan besi hny dgn tgnnya..gagah + kuatnya baginda mengalahkan badang mahupun james bond..

     3.   Nabi Musa...teknologi yg diberikan Allah pd kaum ini adlh dr sudut binaan,shingga skrg saintis xdpt jmpe cara piramid dibina..teknologi pengawetan mumia utk jgka masa berabad2 jga masih menjadi tanda-tanya...modenkah kte?

     4.   Nabi Isa a.s...zaman ini terlalu byk doktor sehingga ada yg mampu mencelikkn org yg buta.dan Allah tlh menganugerahkan kpd nab isa mukjizat,menghidupkan org yg mti..adakah teknologi ini pd zaman kte?

     5.   Rasulullah...dibelah dadanya dgn cahaya sbyk 2 kali,sewaktu baginda kecil dan sebelum baginda diisra' mikrajkan..lalu,saintis mengambil idea drpd sirah ini dgn mencipta laser..

     6.   Nabi Yusuf...cantik adlh segala-galnya,segalanya-galanya utk menjdi cantik,,slogan golongan sang 'pelupa' zmn kini..sehingga sanggup menykitkn diri sndri..sedangkan Nab yusuf tlh membuktikan bhw kesempurnaan wajah bkn segal-galanya,bahkan keluhuran akhlak menjanjikan segalanya...

     7.   Nabi Ibrahim...api menjadi sejuk...para saintis mmpu mencipta mentol kecil yg tdk mengeluarkan haba tp,hanya dpt dilaksanakan didlm makmal dlm wktu yg singkat dgn peruntukan yg tinggi..sdgkan nabi ibarahim tlh dahulu merasai tinggal didlm api yg sejuk dan mendamaikan..modenkah kte??


dan byk2 lg mukjizat nabi yg xmmp dinyatakan diats ruang contengan ini..

ayuh fikirkan bersama...MODENKAH KITA???

Wednesday 6 July 2011

ASTRO

satu pagi yg hening...

membeli barang2 dapur di pasar besar..
tgh jalan-jalan encari barang keperluan..

"kak,kat rumah dh ada astro?.."
"kami tgh wat promasi.."

(bkn stkat astro,tv pon xde..)

aku..menggeleng..terus berjalan..
dalam hati..
"kau bukan menjual astro,tapi menjual masa depan negara!!!..kau dapatkan rezeki dengan keruntuhan jati diri anak bangsa kau sendiri.."

sental + cuci + gosok

habis kuliah...kmi,pelajar perempuan diminta utk kemas temp setaat - tempat yang bakal dijadikan tempat pekse dan toilet utk kegunaan pentaksir..

dan tugas aku,dibhgian toilet...

dalam asyik dok menyental dgn harapan sgla kotoran degil akan hilang kedegilannya,
teringat nasihat seorg senior di sek men dulu..

stp amalan kte adlh badh,dan mohonlah agr diterima dan diperkenankan olehnya..
bila kte tengah menyental  kotoran,doa kpd DIA agr disentalkan jgk hati kita..
bla kte tgh mengemas,doakan hidup kte akan sentiasa di'perkemas'kan olehNYA..
bila kte tgh mencuci,doakan jgk mga hati kte dicuci dr sgla noda..

kerana hidup ini ibadah..jika diniatkan kpdNYA..
dan hidup ini hnyalah bersandarkan adat,.jika kita lupakanNYA..

imam ghazali :
    "jadilah kamu saudagar niat"

Saturday 2 July 2011

hidup itu seni..

bagi jackie chan..
" life is about kung fu.."
tapi,bagi orang seni...
"life is arts.."

and,for my parents...

aku : ya Allah,semak lg rmh ni..(baru 15 minit td aku kemas..)

mama : biarkan dorg..ini tandanya dorg kretif..jangan sekat perkembangan otak dorg just utk rumah nmpk bersih..kemas,bila2 boleh wat..tp,otak bdk kecik,time kecik2 ni la pesat berkembang..

bwh meja,dijadikan hotel(bntal,toto,air mknn) , kat dapur,kunyit,garam,segala jenis serbuk bercampur-baur,berterabur kat lantai , kat luar,main pape ntah..

adik-adik : baba,nk kertas lg..(helaian yg ke berape puluh ntah)

baba : nah.nk lukis pe?..

adk-adk : nk lukis rumah,pokak..nk lukis,robot...

macam biasa...lepas hbis melukis,mewarna..kertas dibiarkan bersepah di lantai,kat dapur,ruang tamu dsb..

kakyang : ya Allah..jgn la sepahkan comforter tu..bpe kali dh kakyang ckp..

adk2 yang tgh b'main lompat2 dan jadikan comforter sbgi lapik di bwh(spy xsakit) hanya wat xtau..aku sbgi pemerhati hanya senyap..

klu adk2 (3 thn & 5thn) memahami bahawa dgn meletakkan something yg lembut akan mengurangkan kesakitan apabila terjatuh..dan sebenarnya secara tak langsung mereka telah belajar physics,form 4,chp 2,force and motion..increase time impact..

BIARKAN MEREKA BINA PERKEMBANGAN OTAK MEREKA..

zain bhikha : flowers are red


amik cdgn bernas dr kakcik...

kakcik : sape nk main game?

adk-adk : nak2...(t'lompat2,excited)

kakcik : ok,kte wat pertandingan..kte akan bhgi kpd group..(smbil m'bhgikan group)

adk-adk : nk main pe?

kakcik : ok,stiap group akan diberi ruang.dan pastikan dlm masa yg telah ditetapkan,tmpt tersebut jd sprti sedia kala,bersih..faham??..(lagak seorang instructor)

adk-adk : faham!!

akhirnya.nk pendekkan cite..rumah pon kemas (wpun xleh nk harap kemas mcm kte kemas)

p/s : mama blik dr keje,masuk rmh yg semak..(senyum)..krn tahu perkembangan neurone ank2 mkin aktif...malah,sempat lg puji sgla usaha mrk,menyemakkan rmh


Friday 1 July 2011

belajar dari kehidupan..

semalam...

andak (drjh 4) bru hbis mandi,tuala dibiarkan dilantai..aku pnggil..

aku : penah tgk cite karate kid?

andak : oh..cite jackie chan ajr bdk negro tu karate?xpenah lg..tgk sket2 je..

aku : nk tau cmne dia train bdk tu smpi pndi karate?

andak : (pndg aku dgn penuh teruja)

aku : bdk tu,kelemahan dia,xsuka sangkut jaket dia lpas blik rmh..jd,jackie chan train dia melalui kelemahan dia..

aku : selama bbrpe hr,bdk tu (xingat nama) hanya belajar bukak jaket,cmpk kat lantai,angkt blik,sangkut kat paku,..then,pki blik,bukak smula,cmpk kat lntai..dan terus ulang-ulang bnd yg sama..bhari2 wat bnd yg sma..sampai bdk tu fed up..

andak : (muka pelik)

aku : kerana..setiap kehidupan adlh karate...

andak : (start melakukan aksi2,biasala lelaki)

aku : sebab tu,jgn malas nk sangkut tuala...(pndgn aku halakan ke tuala,dia akur..)

tapi,x smpi 15 minit lpas tu,che yah(drjh 1) yg bru selesai mandi plak mencampakkan tuala ke lantai..
xlarat nk cita bnd yg sama,aku pnaggil dia+merenung tuala yg dicampakkan...

che yah : oh..sori  (sambil angkat tuala,sangkut)

moral of the stories :

  1. "ajklah ke jalan tuhanmu dengan hikmah(kebijaksanaan) dan peringatan"
  2. kenalpasti apa kelemahan,kelebihan,kegemaran mrk yg kte ingin tegur..spy lbih mudah utk umpan kte mengena..
  3. marah bkn penyelasaian
  4. "HIDUP ADALAH TARBIAH"..

kita...manusia@anjing??

LEMBU DAN ANJING

Pada suatu hari, ketika lembu sedang meragut rumput, dia terserempak dengan anjing. Lalu, berlakulah perbualan antara mereka berdua:

Lembu: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je.


Anjing: Aku tengah tension ni.. Mahu je gigit manusia tadi.


Lembu: Eh, kenapa pulak? Boleh ana tahu?


Anjing: Tadi, aku lalu tepi dua orang manusia, lelaki dan perempuan yang tengah sedap berkepit. Tiba-tiba, si lelaki terperanjat dan terus melompat dan kata pada aku "Hoi anjing! Jauh kau dari aku! NAJIS!!".


Lembu: Yalah, kau kan haram di sisi syarak. Najis tahap berat bagi manusia yang beragama Islam. Biasalah tu..


Anjing: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia yang tersentuh aku, boleh samak. Yang dia sentuh, raba-raba awek dia tu, macam mana pula? Boleh samak ke dosa?


Lembu: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya dari memegang kau, anjing. Malah tidak akan suci meskipun disamak.


Anjing: Wah, ayat ko power lah .. Betol, betul power .. Patutnya manusia perlu ubah pepatah, "Pandai macam LEMBU".


***********************************************************

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan, "Bergomolan dengan babi itu lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) adalah dosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing bukan satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Jadi renungkanlah. Tepuk dada, Tanya Iman. -Sekadar untuk renungan dari Hamba Allah yang banyak kekurangan dan kelemahan ini


_disunting dr facebook mane2 ntah_

sakit...

semalam,

kes 1 :

"kring,kring.."panggilan telefon dari sekolah adik...


kakyang : kakak,andak accident..muallimah on the way nk bwk ke hospital

(x sempat2 nk bg salam)


aku : haa??teruk sgt ke?macam mana boleh jadi?


kakyang : xlh teruk sgt..tp,byk la darah kat kepala


aku : oohh..ok.. xpe..nnt kakak bgtau Dr.***(kwn baik mama+dr family)


kakyang : ok lah..salam


disebabkan mama n baba xde kat rumah (o.s.),makanya aku dan abang diamanahkan utk menjaga kebajikan adik-adik.....message abang yg on the way ke shah alam..



aku : andak accident kat sekolah td..skrg kat hospital


abang : teruk x?kat bhgian mana?


aku : kakyang ckp byk darah kat kepala.tp,xpe je kot.dh bgtau Dr.***.mintak dia tlg tgk-tgkkan


abang : oh,ok..tapi abang x suka parut2 cmni..


aku : xpe,kenangan sekolah rendah akan diingati..


abang : org serius ni..


aku : xpe,tnda seorg rijal


then,kul 11.30 pg,andak sampai rumah dgn keadaan kepala berbalut baju penuh darah di bhgian blkg..ingatkan nk rehat,rupanya join adk2 lain(yg xsekolah lg) tgk cerita kartun "how to train your dragon" dan main game...

kes 2 :

tgh b'sms dgn kakcik..


kakcik : kakak,mintak la abang amikkan kat sek (asrama) ni.dmm pns sgt..xlarat sgt ni


aku : tgh xm kn?hjung mggu ni,amikla..jwb xm dulu..wat pe yg mmpu


kakcik : nk gi sek pon xlarat..


aku : ...


kerana kesayangan +kekasihanan,abang amik jgk dia kat sek di shah alam..
pukul 2 ptg..
sampai di rumah.kami smua tgh bersantap,kakcik ddk+mkn+mulut xhenti bercerita+gelak2..aku tgk dia..


aku : knp xmcm org sakit je?.byk je ckpnye..


kakcik : haahhaaa.....patut la muallim+muallimah kat sek xcaya kakcik dmm...(sbb,gaya dia mmg xmcm org dmm)

awal thn 2011...

mama yg tgh leka wat keje.."kring..kring.."


mama : assalamualaikum..


uda : waalaikumsalam..umi,uda kena jahit kepala..


mama : knp?  (tenang)


uda : td,ada kwn uda tertolak,t'langgar bucu pintu..


mama : oh.xpe lh..kenangan sek men..nnt nk kuar dh,nk msuk maahad


uda : hahhaa..ok lah umi,nk bgtau tu je..


mama : ok..


kesimpulannya :

  1. be positive dgn pape yg berlaku
  2. the rest,its will come from ur mind

sakit itu pengajaran..
luka itu ingatan..
derita itu keinsafan..
cedera itu kemaafan dr tuhan..
ujian itu kecintaan dr pencipta alam..

p/s : aku cuba jd sprt mama..xcpt gelabah,always cool,and positive dgn pape yg berlaku..

Thursday 30 June 2011

coretan kisah...

suatu hari,sedang menikmati lunch (laksa..:)..tetibe

aku : aikk..knp tetibe panas (dongak pndg kipas..)

adk : ooohh..black out..

aku : mmm..(teuskan mkn)

adk : klu black out,hampir sume bd kat dunia ni berhenti..except manusia

aku : (angkt kepala,tunduk,mkn)

adk : alhmdulillah Allah x jdikan manusia kena guna elektrik..klu x,kte pon akan terhenti..

aku&adk : terdiam.(bygkan kami yg tgh mkn terhenti suapan,mrk yg tgh bersin terhenti,yg tgh
                 menguap,melangkah,terjatuh).....
               : .tergelak lucu
                :  terdiam semula....menghadam semula ibrah disebalik indahnya kejadian manusia...



" ..........katakanlah : adakah sama orang - orang yang mengetahui dgn org - org yg tidak mengetahui? sesungguhnya orang yang berakal sahaja yang dapat menerima "
                                                                                                                     (az - zumar :39)

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe

pena dibuka,tinta menulis

salam 'alayk...

alhmdulillah..lahirnya 1 lg wadah media buat pembangunan jiwa - jiwa insan..

aku cuma mata pena...
yg mengharap mampu menggegar dunia..
aku cuma mata pena..
yg mengharap dgnnya...
ramai insan yg terlena..
kembali membuka mata..
aku cuma mata pena..
yg merasa tggungjawab atas pembinaan manusia..
aku cuma mata pena..
dan aku harap...
aku bukan sebarang pena..
aku adlh pena..
yg tajam..
mengISLAH dunia..

mataku merenung dunia..
fikiranku ligat berputer..
mulutku jenuh berbicara..
tapi..
hatiku tidak lelah merenung..
aku kesali nasib insan di dunia ini..
punyai mata tp sengaja dibutakan..
punyai telinga tp ditulikan..
punyai mulut tp dibisukan..
punyai anggota tp dilumpuhkan..
justeru..
aku bangkit..
menulis di atas warkah bisu..
buat tatapan mereka yang...
bisu,tuli,buta dan lumpuh..

moga blog ini bermanfaat..
sebarang kesilapan,kekhilafan...
kita perbaiki bersama..
andai aku tersilap..tunjuki aku..


"MELAYU SEPAKAT,ISLAM BERDAULAT"